Followers

Thursday, December 27, 2007

Isikan masa cuti keluarga anda dengan MEMBACA!

Bismillahirahmanirrahim.
Sekarang ni sebahagian besar masyarakat di Malaysia terutama para pelajar sedang bercuti. Ada juga ibu bapa yang turut mengambil cuti tahunan untuk bercuti atau melancong bersama ahli keluarga. Namun jangan kita lupa, kurang lebih seminggu lagi musim baru persekolahan dan tahun baru akan tiba. (Dengan izin Allah). Oleh itu, isilah masa yang terluang dengan melakukan aktiviti yang bermakna terutama bersama anak-anak.

Kalau orang lain mengisi masa mereka dengan melancong, membeli-belah, menonton tv atau pun ke taman rekreasi, jangan pula kita terlupa, tambahkanlah masa untuk kita MEMBACA untuk diri sendiri dan juga untuk anak-anak.

Sekali-sekala bawalah ahli keluarga MELANCONG ke kedai buku. Apa salahnya. Kalau kita ke pusat membeli-belah, bawalah diri dan keluarga ke kedai buku terlebih dahulu. Kemudian barulah kita beralih ke kedai-kedai yang lain.



Wednesday, September 26, 2007

Lokasi Read Aloud Terbaru

Kini saya telahpun membuka kelas terbaru untuk read aloud di sebuah kampung. Tujuannya ialah didikan dan bimbingan PERCUMA untuk anak-anak kampung.

Kini setiap hari Khamis jam 3 petang, saya akan ke Kampung Babung untuk membaca buku kepada anak-anak di sana.

Buat masa ini saya hadkan penyertaan kepada 5 orang sahaja. Pertambahan akan diterima dari masa ke semasa. Insya-Allah.

Sunday, June 11, 2006

Hilmy The Hippo Becomes A Hero





Pada 10 Jun (semalam), kami mengadakan sesi 'read aloud' bersama kanak-kanak seperti biasa. Semalam hanya 8 orang yang datang tetapi sesi kita tetap berjalan dengan penuh ceria dan menyeronokkan.

Cerita 'Hilmy The Hippo Becomes A Hero' ini telah dipilih dari Siri Hilmy The Hippo dari The Islamic Foundation, UK. Banyak nilai-nilai akhlak Islam yang boleh disemai ke dalam diri anak-anak melalui cerita Hilmy ini.

Selepas 'read aloud' kami bersama-sama melukis Hilmy. Hasilnya lihat lah seperti gambar-gambar yang dimuatkan di sini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails