Followers

Friday, December 28, 2007

Pembentangan Kertas Psikologi Kanak-Kanak

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di laman blog ini.

Saya cuma ingin melaporkan secara ringkas satu program yang telah saya hadiri sebagai pembentang baru-baru ini iaitu pada 21 November 2007.
Saya sebenarnya dijemput membentangkan kertas sempena satu kursus untuk tenaga pengajar baru PASTI Kelantan. Tajuk yang diberi ialah Psikologi Kanak-Kanak: Memahami peranan sebagai guru prasekolah.




Ringkasnya pembentangan agak berjaya walaupun dibuat di waktu petang iaitu suasana yang memang boleh menyebabkan para peserta mengantuk. Alhamdulillah, keadaan terkawal dengan hubungan dua hala peserta dan saya.

Diharapkan apa yang saya cuba sampaikan dapat dikutip intipatinya oleh semua yang hadir pada hari tersebut. Terima kasih kepada penganjur yang telah menjemput saya mewakili MariBaca, RAKB dan Dar Nur al-Zahra'. Banyak yang saya kempen kepada peserta; rajin ke kedai buku, sekali-sekala bawa murid ke perpustakaan, sambunglah pelajaran di bidang pendidikan awal kanak-kanak dan buatlah aktiviti seperti 'read aloud' di dalam kelas masing-masing.

Tak lupa, saya sempat ajarkan beberapa langkah senaman ringkas yang boleh dibuat oleh guru-guru bersama murid-murid untuk menjadikan kelas lebih cergas dan ceria.

Thursday, December 27, 2007

Isikan masa cuti keluarga anda dengan MEMBACA!

Bismillahirahmanirrahim.
Sekarang ni sebahagian besar masyarakat di Malaysia terutama para pelajar sedang bercuti. Ada juga ibu bapa yang turut mengambil cuti tahunan untuk bercuti atau melancong bersama ahli keluarga. Namun jangan kita lupa, kurang lebih seminggu lagi musim baru persekolahan dan tahun baru akan tiba. (Dengan izin Allah). Oleh itu, isilah masa yang terluang dengan melakukan aktiviti yang bermakna terutama bersama anak-anak.

Kalau orang lain mengisi masa mereka dengan melancong, membeli-belah, menonton tv atau pun ke taman rekreasi, jangan pula kita terlupa, tambahkanlah masa untuk kita MEMBACA untuk diri sendiri dan juga untuk anak-anak.

Sekali-sekala bawalah ahli keluarga MELANCONG ke kedai buku. Apa salahnya. Kalau kita ke pusat membeli-belah, bawalah diri dan keluarga ke kedai buku terlebih dahulu. Kemudian barulah kita beralih ke kedai-kedai yang lain.



Wednesday, September 26, 2007

Lokasi Read Aloud Terbaru

Kini saya telahpun membuka kelas terbaru untuk read aloud di sebuah kampung. Tujuannya ialah didikan dan bimbingan PERCUMA untuk anak-anak kampung.

Kini setiap hari Khamis jam 3 petang, saya akan ke Kampung Babung untuk membaca buku kepada anak-anak di sana.

Buat masa ini saya hadkan penyertaan kepada 5 orang sahaja. Pertambahan akan diterima dari masa ke semasa. Insya-Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails