Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di laman blog ini.
Saya cuma ingin melaporkan secara ringkas satu program yang telah saya hadiri sebagai pembentang baru-baru ini iaitu pada 21 November 2007.
Saya sebenarnya dijemput membentangkan kertas sempena satu kursus untuk tenaga pengajar baru PASTI Kelantan. Tajuk yang diberi ialah Psikologi Kanak-Kanak: Memahami peranan sebagai guru prasekolah.
Ringkasnya pembentangan agak berjaya walaupun dibuat di waktu petang iaitu suasana yang memang boleh menyebabkan para peserta mengantuk. Alhamdulillah, keadaan terkawal dengan hubungan dua hala peserta dan saya.
Diharapkan apa yang saya cuba sampaikan dapat dikutip intipatinya oleh semua yang hadir pada hari tersebut. Terima kasih kepada penganjur yang telah menjemput saya mewakili MariBaca, RAKB dan Dar Nur al-Zahra'. Banyak yang saya kempen kepada peserta; rajin ke kedai buku, sekali-sekala bawa murid ke perpustakaan, sambunglah pelajaran di bidang pendidikan awal kanak-kanak dan buatlah aktiviti seperti 'read aloud' di dalam kelas masing-masing.
Tak lupa, saya sempat ajarkan beberapa langkah senaman ringkas yang boleh dibuat oleh guru-guru bersama murid-murid untuk menjadikan kelas lebih cergas dan ceria.
salam ziarah dari jabatan pasti kelantan
ReplyDeletehttp://pastikelate.blogspot.com/