Followers

Monday, January 28, 2008

Reading Strategies (Strategi Membaca)


Ada ramai kalangan ibu bapa yang bertanya, "Apakah yang boleh kami lakukan di rumah bagi membantu anak-anak kami minat membaca?"

Sebenarnya, amat penting bagi anda sebagai ibu bapa, membaca buku kepada mereka atau biarkan mereka membaca buku untuk anda dengari. Tunjukkan kepada mereka bahawa aktiviti membaca adalah penting dan sangat menyeronokkan.

Dengan menunjukkan contoh teladan sebegini akan mendorong anak-anak menjadi bertambah minat terhadap pelajaran dan juga pembacaan. Sekiranya anda tidak dapat melakukan apa-apa, doronglah mereka dan pujilah mereka seberapa kerap yang boleh apabila anda melihat atau mendengar mereka membaca.

Saturday, January 26, 2008

Jom Dengar Cerita (Read Aloud & Storytelling)


Assalamualaikum wbt.


Berita baik! Berita baik! Program 'Read Aloud' kembali lagi dengan nama baru iaitu JOM DENGAR CERITA. Insya-Allah kita akan bermula pada 2 Feb 2008.


Berikut ialah maklumat lanjut program di atas:


Tarikh: 2 Feb 2008


Masa: 10.00 pg - 11.30 pg


Tempat: Sudut Kanak-Kanak, Perpustakaan Dar Nur al-Zahra'


Peserta: 4 - 10 tahun


Yuran: RM5 seorang (makan-minum disediakan) diskaun 10% bagi adik-beradik


Haa... tunggu apa lagi, jemputlah mendaftar sekarang! Telefon kami di 019-9403659 atau 09-7484975 sebelum 1 Feb 2008.


Tahun ini, pasti lebih menarik!

Friday, December 28, 2007

Pembentangan Kertas Psikologi Kanak-Kanak

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di laman blog ini.

Saya cuma ingin melaporkan secara ringkas satu program yang telah saya hadiri sebagai pembentang baru-baru ini iaitu pada 21 November 2007.
Saya sebenarnya dijemput membentangkan kertas sempena satu kursus untuk tenaga pengajar baru PASTI Kelantan. Tajuk yang diberi ialah Psikologi Kanak-Kanak: Memahami peranan sebagai guru prasekolah.




Ringkasnya pembentangan agak berjaya walaupun dibuat di waktu petang iaitu suasana yang memang boleh menyebabkan para peserta mengantuk. Alhamdulillah, keadaan terkawal dengan hubungan dua hala peserta dan saya.

Diharapkan apa yang saya cuba sampaikan dapat dikutip intipatinya oleh semua yang hadir pada hari tersebut. Terima kasih kepada penganjur yang telah menjemput saya mewakili MariBaca, RAKB dan Dar Nur al-Zahra'. Banyak yang saya kempen kepada peserta; rajin ke kedai buku, sekali-sekala bawa murid ke perpustakaan, sambunglah pelajaran di bidang pendidikan awal kanak-kanak dan buatlah aktiviti seperti 'read aloud' di dalam kelas masing-masing.

Tak lupa, saya sempat ajarkan beberapa langkah senaman ringkas yang boleh dibuat oleh guru-guru bersama murid-murid untuk menjadikan kelas lebih cergas dan ceria.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails